Ini pula , ikan bawal dah ditenggelami oleh limpahan kuah.
Nak resepi tak? Menu ni sedap tapi resepinya ringkas je!
Bahan-bahan
1 ekor bawal - dibersihkan dan digoreng garing
*10 bj cili merah dibuang biji
*2 ulas bawang putih
kedua-dua bahan ini dikisar hingga halus
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka kurma( terpulang jika suka)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng ikan dan untuk menumis kuah sweet sour
cara-cara
- panaskan minyak 2 sudu besar minyak masak
- masukkan bahan kisar tadi
- masukkan sos tomato, cuka kurma, sos tiram dan gula
- masak hingga pecah minyak
- masukkan garam secukup rasa, biar seketika
-tutup api
- hiaskan ikan dengan salad dan timun dan tuangkan kuah tadi keatas ikan
- sedia untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment