Tuesday, February 21, 2012

UDANG TEMPURA


Masakan udang tempura ni diminta oleh anak-anak, nak sangat makan udang tempura macam kat Sushi King. Kalau tiap-tiap kali nak makan udang tempura nak kena pi Sushi King....hhemmmm , kering poket, kalau dah makan disitu , macam -macam lagi yang nak order. Jadi nak jimat masak je kat rumah.Nak resepi ?
Mudah je resepinye!

Bahan-bahan
~500gm udang - ikut le nak saiz besar mana udang tu
~ 1 cwn tepung serbaguna
~ 2 sudu besar tepung beras
~ sedikit garam
~ air ais untuk bancuh adunan tepung tadi, agak-agak bancuhan tepung jgn pekat sangat, kalau pekat, tepung yang tebal takut didalamnya tak masak
~minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara masak

~ bersihkan udang- buangkan kulit sedikit kulit di bahagian ekor
~ campurkan kedua2 jenis tepung dan garam - bancuhkan dengan air
~ panaskan minyak dalam kuali
~ celupkan udang kedalam bancuhan tepung td dan goreng la dalam minyak yang dah panas td
~ dah masak... makanlaaaa.... tunggu apa lg!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...