Resepi ni sebenarnya diubah suai ikut citarasa sendiri. Grill menggunakan minyak zaiton dan karot direbus je!Resepi yang sihat !!! cuba tengok ada buah , ikan grill, karot dan buncis rebus dan sedikit cheddar cheese kalau sesiapa nak karbohidrat amik la roti ke atau nasi.
Resepi grill salmon
Salmon dibersihkan dan diperap bersama dengan
~garam halus
~serbuk lada hitam
~kalau nak rasa bbq, boleh masukkan sos bbq sekali
~minyak zaiton untuk grill
~ sayur kegemaran anda - saya pilih karot, buncis dan salad
~buah-buahan
~ parutan cheedar cheese
cara masak
~Panaskan nonstick pan, letakkan ikan..... balikkan dan tunggu hingga masak.
~sementara tu boleh sediakan sayuran untuk direbus spt karot dan buncis
~saya campurkan sediki garam dalam air rebusan
~toskan sayur, cepat2 masukkan dalam air ais , ini untuk sayur tu terlebih masak nanti lembik pulak
~ bersihkan buah dan potong ikut citarasa anda
~Hidangkan ikan bersama sayur , buah dan cheedar cheese tadi.... dah boleh makan
Oppss!!! dalam gambar ada white sos kannn? nak resepi white sos?.... boleh no problem...
resepi white sos
~ 2 sudu mentega
~ 1 sudubesar tepung serbaguna/gandum
~ 1 1/2 cwn fresh milk
cara
~ panaskan pan sauce
~ masukkan mentega - kacau sebentar
~masukkan tepung - kacau sebentar , agak-agak kekuningan
~masukkan fresh milk kacau hingga pekat sedikit .....
~ angkat dan tuang atas ikan tadi
Kepada sesiapa yang tak suka white sos ni boleh makan dengan cili sos, mayonis, sos bbq pun boleh.
No comments:
Post a Comment